NOVEMBER 2023

Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Samalaju Greening Projek


Bintulu, 1 Nov - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Haji Openg telah hadir ke Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman ( MoU ) Samalaju Greening Projek antara Sarawak Timber Industry Corporation ( STIDC ), Bintulu Development Authority ( BDA ) dan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd bertempat di sebuah hotel di Bintulu. 

Antara ucapan perasmian YAB adalah beliau merakamkan uacapan terima kasih atas usaha mereka menanam buluh sebagai menyahut seruan kerajaan Sarawak dalam transisi kearah ekonomi hijau selain meningkat ekonomi kitaran semula mengunakan bahan tersebut bagi menyejukan bumi dari kepanasan karbon. Ianya juga perusahaan pitstop yang akan memberi pendapatan kepada rakyat dan Sarawak.

Katanya lagi, pada tahun 2020, pendapatan Dunia melalui Industri Buluh adalah USD66.22 juta, Malaysia sebanyak RM8.43juta dan pendapatan Sarawak hanya sebanyak RM1.2 juta setahun dan beliau berhasrat untuk mencapai RM10 juta. 

Diakhir majlis , YAB Premier Sarawak menyasikan pertukaran dokumen tandatangan perjanjian (MoU) dan simbolik menanam pokok buluh.

Turut hadir, YBhg Tan Sri Datuk Amar Awg Asfia bin Nassar, Speaker DUN Sarawak, YB Datuk Len Talip bin Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar,YB Datuk Amar Haji Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah, Pengurus Besar STIDC, Datu Mohd  Yakup bin Kari, Pengurus Besar BDA, Mr Yuki Nakamura, Pengurus Besar Pertama Ferroalys Sdn Bhd dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku